Isnin, 15 Mac 2010

Boidata Tun Abdul Razak




Nama :
Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein

Lahir :
11 Mac 1922, di Kampung Pulau Keladi, Pekan, Pahang.

Pendidikan :
Sekolah Melayu Langgar, Pekan.
Maktab Melayu Kuala Kangsar, MCKK.
1940 - Raffles College Singapura - Pentadbiran
1947 - Ke England sebagai Queen's Scholar di bidang Undang-Undang.
1950 - Lulus LLB. (Hons) dari Lincoln's Inn, Barristar at Law.

Kerjaya :
1952 - Setiausaha Kerajaan Pahang.
1955 - Menteri Besar Pahang, Meletak jawatan - bertanding pilihanraya pertama dan menang, Menteri Pelajaran Pertama PTM. Mengeluarkan Penyata Razak yang menentukan sistem Pelajaran Negara pada 16.05.1956. Bergelar Bapa Pembangunan Luar Bandar kerana usaha gigih beliau naikkan taraf luar bandar.
1970 - 22 September dilantik menjadi Perdana Menteri Malayisa. Pemimpin yang berhemah tinggi, jujur dan amat disegani.

14 Januari 1976, Tun Abdul Razak telah kembali ke rahmatullah di London. Jenazahnya dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negara.

Biodata Dato Sheikh Muszaphar Shukor




Nama: Dr Sheikh Muszaphar Shukor AL MASRIE BIN Sheikh Mustapha

TARIKH LAHIR:27 JULAI 1972

umur:35

Pendidikan:Kasturba Medical College,Manipal,India.Kini berada di tahun akhir kursus sarjana dalam bidang Pembedahan Ortopedik di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia(HUKM)

Merupakan anak ke tiga daripada lima orang adik-beradik.

pekerjaan:doktor,model,pemilik restoran rebung bersama chef ismail

status: bujang...hmm.. cuba teliti betul2 ayat ini..."I AM READY TO GIVE MY FULL COMMITMENT, MY HEART AND SOUL TO BE THE FIRST MALAYSIAN IN SPACE," SAID SHEIKH MUSZAPHAR, A HOSPITAL MEDICAL OFFICER WHO ADDED THAT HIS GIRLFRIEND IS WILLING TO WAIT FOR HIM TO FULFILL HIS DREAM."IT IS A SACRIFICE THAT WE BOTH HAVE TO MAKE, AND I THANK HER FOR BEING SO UNDERSTANDING."

IKLAN:BELIAU PERNAH MENJADI MODEL DI DALAM IKLAN SEPERTI IKEA,FEBREEZE,HSBC,FAIR & LOVELY,INDOCAFE DAN DETTOL

COVER MAJALAH:ANTARANYA MAJALAH NONA(JUN 2005) DAN UMPH(OGOS 2005).

BELIAU JUGA PERNAH MUNCUL DI DALAM RANCANGAN WANITA HARI INI (WHI) DI TV3(KL TAK SILAP SAYA PADA TAHUN LEPAS,TARIKHNYA SAYA TAK INGAT) DI MANA TAJUK PERBINCANGAN PADA HARI TERSEBUT ADALAH 'LELAKI METROSEKSUAL

10 Fakta-fakta menarik di dunia

1.Mulut menghasilkan 1 liter air liur setiap hari

2.Kita bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari

3.Seumur hidup kita meminum air sebanyak lebih kurang 75,000 liter

4.Seorang lelaki kehilangan 40 helai rambut tiap hari. Wanita pula 70 helai sehari.

5.Sehelai rambut di kepala kita mempunyai masa tumbuh 2 sampai 6 tahun sebelum diganti dengan rambut baru

6. Hampir semua lipstik mengandungi sisik ikan

7.Kala jengking boleh dibunuh dengan menyiramnya dengan cuka. Bila terkena cuka, kala jengking akan marah dan menyengat dirinya sendiri

8.Nama asli butterfly (kupu-kupu) adalah flutterby.

9.1 bayi lahir setiap 7 saat

10.Kita tidak boleh menjilat siku kita sendiri

Bangunan Sultan Abdul Samad




Perasmian bangunan

Perletakan batu asas dilakukan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Charles B.H. Mitchell K.C.M.G. pada 6 Oktober 1894 . Residen British di Selangor waktu itu ialah W.H Treacher C.M.C. Setelah siap sepenuhnya , bangunan ini di rasmikan oleh Residen Jeneral negeri Selangor, Sir Frank Swettenham K.C.M.G. pada 4 April 1897.

Tujuan pembinaan

Pentadbiran British di Selangor memerlukan ibu pejabat baru bagi mentadbir negeri . Sebelum ini ibu negeri Selangor terletak di Klang dan agak jauh dari kawasan yang maju di Kuala Lumpur. Residen Jeneral British di Selangor pada waktu itu ialah Sir Frank Swettenham .Sultan Abdul Samad memerintah negeri Selangor dari 1857 hingga 1898 setuju Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri Selangor .

Antara pejabat yang akan ditempatkan di sini ialah Sekretariat Kerajaan (G.S.O); bilik mesyuarat Majlis Negeri (Council Chamber); Pejabat Pos; Lembaga Kebersihan (Sanitary Board); Pejabat Kehakiman (Judicial Commissioner); Public Works Department (PWD); Audit dan Perbendaharaan; Pejabat Tanah; Jabatan Galian dan Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D. District Office).[1]

Fungsi bangunan ini ditukar beberapa kali. Bangunan ini pernah dijadikan Mahkamah Agung di bawah Kementerian Kehakiman. Oleh itu disediakan tempat letak kereta untuk hakim - hakim dan pegawai–pegawai mahkamah.

Sejarah pembinaan

Kerja-kerja pembinaan dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (PWD). Bangunan ini direkabentuk oleh arkitek Inggeris bernama Arthur Charles Alfred Norman sekitar tahun 1893-1897. Norman menghabiskan masa di benua Afrika dan mendapat ilham daripada masjid di India seperti Taj Mahal yang membawa kepada ciri senibina Moor dalam arkitektur Bangunan Sultan Abdul Samad. Charles Edwin Spooner bertindak sebagai perancang dan Jurutera Negeri . Pengarah PWD ialah R.A.J. Bidwell .A.B. Hubback menyediakan pelan dan lukisan rekabentuk.

Idea dan rekabentuk bermula seawal tahun 1889, setelah W. E. Maxwell mengambil alih tugas sebagai Residen British di Selangor. Kuala Lumpur sebagai ibu negeri Selangor hanya mempunyai bangunan-bangunan rumah kedai dan beberapa bangunan kerajaan yang tidak berapa menonjol. Maxwell telah membawa C. E. Spooner dari Ceylon sebagai State Engineer dan dibantu oleh Bellamy dan A.C. Norman sebagai arkitek.

Reka bentuk asal yang dikemukakan oleh Norman adalah hanya sebuah bangunan yang berkonsep Inggeris Classical Rennaisance. Bidwell, seorang arkitek muda, adalah orang yang bertanggungjawab mengadaptasi seni bina Islam (Mahometan style) sebagai tonggak reka bentuk tampak bangunan tersebut di atas pelan asal Norman selepas Spooner kurang berpuashati dengan reka bentuk tampak yang dikemukakan oleh A.C. Norman.

Kos binaan setelah siap pada April 1897 ialah $152,824. Anggaran awal hanyalah $152,000.Tempoh masa pembinaan ialah 2 tahun 7 bulan. Sebuah kilang batu-batu di bina di Brickfield bagi membekalkan bahan binaan seperti 4 juta batu bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 lb tembaga, 50 tan besi keluli dan 30,000 kaki padu kayu.

Batu-bata yang berkualiti berwarna merah dibawa dari India. Para pekerja terdiri daripada kaum India . Antara kontraktor kecil yang membawa batu-bata ini ialah Ghouse, yang berasal dari Chittagong, India (sekarang Bangladesh).Batu-bata ini dibawa terus melalui Sungai Kelang dan ada sebuah pangkalan berhampiran Masjid Jamek sekarang.

Seni reka bentuk

Bangunan dua tingkat ini mempunyai ketinggian 17.5 meter dengan menara jam setinggi 41.5 meter dan meliputi kawasan seluas 10,200 meter persegi. Reka bentuk dan binaannya berbentuk “Soracenic’ berasaskan seni bina Moghul dan Moorish. Tingkap dan pintunya berbentuk melengkung seperti masjid-masjid di Cardova dan Mesir.[2]


Ciri-ciri utama bangunan ini adalah ketiga-tiga kubahnya, menara jam besar dan arked serta lengkungannya yang luas. Ketiga-tiga kubah tersebut yang asalnya diperbuat daripada kayu dan batu bata dan dicat hitam, telah digantikan dengan kubah-kubah bersalut tembaga. Kubah yang terletak di atas menara jam besar diapit oleh dua kubah kecil dengan tangga pilin menurun. Kubah tengah agak luar biasa kerana ia adalah paduan dua ciri tradisional kubah dan kios. [3]

Menara Jam ini dijaga dan dibaiki dari semasa ke semasa kerana menjadi waktu standard di seluruh Malaysia. Menara Jam ini menyerupai Big Ben yang terdapat di kota London.

Arch yang terdapat di bangunan ini adalah berbentuk ladam yang tajam dengan jarak antara dua tiang yang berbeza-beza. Ianya diperbuat daripada batu-bata yang dicat hitam. Menara jam besar yang terletak di tengah-tengah diimbangi oleh dua menara kecil di sudut bangunan. Tangga pilin di menara kecil menghala ke arah menara seolah-olah melambangkan keagungan bangunan ini

Pemandangan dari udara, keseluruhan bangunan ini berbentuk F. Ia bangunan awam pertama di tapak berbentuk segi tiga di antara Jalan Raja dan Jalan Belanda (Jalan Mahkamah Persekutuan) yang melengkari ke arah barat sepanjang Sungai Gombak dan Sungai Kelang serta gereja St Clarke dan Jalan Mahkamah Tinggi.

Beberapa bangunan pentadbiran di India dibina menggunakan stail senibina Islam 'Moorish' atau 'Mahometan Style' terutama bangunan Taj Mahal di Agra, India . Terdapat unsur Islam pada gerbang tingkap, bentuk separuh lengkong (arch), kubah potong bawang (dome) dan struktur berbentuk minaret yang kebiasaannya terdapat pada senibina Masjid. Nilai estetika ini menjadi ikutan arkitek di India, Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand dan negara komanwel yang lain.

Ubah suai 1978

Pengubahsuaian dilakukan pada tahun 1978 mengambil masa enam tahun, menelan belanja sebanyak RM 17.2 juta ringgit. Bumbung ditukar baru dan kubah kayu ditukar kepada kubah tembaga. Pada tahun 1978 bangunan ini menempatkan Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi Bahagian Sivil dan Dagang serta Mahkamah Tinggi Jenayah. Mahkamah ini berpindah ke Istana Keadilan di Putrajaya. Bangunan ini sekarang menempatkan Bahagian Komersil Mahkamah Tinggi Malaya.

Ubah suai dilakukan lagi pada 2007. Majlis penyerahan Bangunan Sultan Abdul Samad kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW) telah diadakan pada 24 Disember 2008. Penyerahan adalah daripada SPAZ Sdn. Bhd. Kepada Jabatan Kerja Raya Malaysia dan seterusnya kepada KPKKW.

Mulai 2007, bangunan ini dijadikan Pejabat Menteri, Pejabat Timbalan Menteri, Pejabat Ketua Setiusaha, Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha , Bahagian Pengurusan, Unit Perhubungan Awam, Unit Undang-Undang, Unit Audit Dalam dan Perpustakaan KPKKW. Sempena majlis penyerahan bangunan ini juga turut diadakan bacaan Yassin dan doa selamat

Lokasi acara penting

Bangunan ini menjadi latar belakang Perarakan Kemerdekaan setiap 31 Ogos dan sambutan malam Tahun Baru setiap 1 Januari . Perarakan kereta berhias sempena Pesta Flora juga diadakan di sini. Perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul 2009 dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin. Lumba basikal Le Tour de Langkawi ditamatkan di hadapan bangunan ini. Beberapa drama dan filem tempatan , Hollywood dan Bollywood juga pernah mengadakan penggambaran di sini.

Masalah banjir

Bangunan ini turut dilanda banjir pada tahun 1971 apabila hujan lebat berlaku di seluruh negara. Jumlah hujan yang lebat itu ditambah pula dengan sistem saliran yang tidak begitu memuaskan di sekitar Kuala Lumpur.

Di belakang bangunan ini pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak di mana di tengah-tengahnya adalah Masjid Jamek yang juga menggunakan ciri-ciri arkitektur yang sama oleh arkitek yang sama. Stesen komuter Masjid Jamek terletak bersebelahan dengan Masjid Jamek Kuala Lumpur. Laluan air sungai selalu tersekat apabila sampah-sarap tersangkut pada tiang-tiang stesen komuter. Banjir kilat berlaku akibat perancangan stesen komuter yang tidak tepat ini.

Tempat parkir kereta di bawah Dataran Merdeka tenggelam beberapa kali apabila banjir kilat berlaku seperti pada 2003 dan 2007. Semasa banjir kilat pada 10 Jun 2007 antara jam 6.00 hingga 8.00 malam , air sedalam 1.8 meter di beberapa tempat.